Friday, February 4, 2011

Kemahuan


Manusia,semuanya ada cerita tersendiri.
Manusia,semuanya ada perangai tersendiri.
Manusia,semuanya ada sifat tersendiri.
Manusia,semuanya ada kisah tersendiri.
Manusia,semuanya ada permintaan tersendiri.
Manusia,semuanya ada jalan tersendiri.
Manusia,semuanya ada kehendak tersendiri.

Bagi aku,sebagai seseorang yang baru mengenal dunia.
Baru mengenal erti kepuasan hidup.
Aku juga telah memilih arah tuju aku sendiri.
Aku mempunyai kehendak yang berupakan sesuatu objek.
Aku mahu sebuah kamera digital.
Iaitu digital slr.
Aku begitu gila mahukan objek itu.

Kononnya,itu adalah sesuatu objek yang dapat merealisasikan impian,cita-cita dan kehendak aku.
Apabila aku melihat objek itu dikaca kedai.
Terasa tangan ini gatal ingin memegangnya.
Keinginan itu terbawa-bawa hingga sekarang.
Inginku memiliki sebuah digital slr.
Bilalah rezeki aku akan datang.

Apa yang perlu aku bt sekarang,

Berdoa.

2 comments:

  1. manusia punya banyak kemahuan,
    kehendak vs keperluan,
    siapa yang dapat tentukan,
    kalau nafsu semata menjadi halangan,
    buat manusia penuh pedoman,
    jangan terlalu berangan,
    beradalah di landasan,
    yang lurus dan penuh keazaman,
    utamakan keperluan,
    kehendak dipertimbangkan.
    sekian. :)

    ReplyDelete