Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

siapa tahu  mungkin ni Ramadhan terakhir buat kita. jadi cubalah manfaatkannya sebaik yg mungkin. bulan Ramadhan merupakan bulan yg byk mempunyai kelebihan. kita sendiri tahu keistimewaan bulan Ramadhan ini.

pintu syurga dibuka sepanjang bulan Ramadhan ini manakala pintu neraka pula ditutup. ini menggambarkan bagaimana Allah S.W.T begitu mengasihani hambaNya yg taat beribadat dan menurut segala perintahNya. syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dgn penuh keikhlasan. tapi kita kena ingat bahawa kawan syaitan yg berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

puasa juga mampu menjadi perisai diri daripada terjebak dalam lembah maksiat dan ia juga mampu menghapuskan segala dosa dosa kita yg lepas jika kita benar benar bertaubat kepadaNya. pada bulan Ramadhan ini, cuba kita jauhkan daripada syirik pada Allah samada dalam bentuk perbuatan, niat atau percakapan.

aku pun bukanlah baik pun .aku cuba untuk memperbaiki diri aku pada bulan yg mulia ini. Insyaallah semuanya berjalan dgn lancar. tapi jgn laa mcm hangat hangat tahi ayam. awal awal punya laa buat itu buat ini. tapi lama lama semua dah ditinggalkan.:))

10 comments: