Wednesday, August 24, 2011

Selamat harijadi buat lelaki teristimewa :)


24 ogos 2011...smlm harijadi lelaki terhebat di mata aku. lelaki yang amat penyayang, tabah, cekal, bertanggungjawab, pemurah dan sangat mengambil berat. Sesungguhnya aku amat mengagumi sifat beliau yang amat penyayang dan penuh  karisma. ..sudah 16 tahun mengenali hati budi beliau,.. belum pernah diherdik, ditengking, dipukul malah dijentik oleh beliau. Beliau sentiasa memenuhi permintaan anak-anaknya. tidak pernah kata tidak… semua pun  boleh. ;)

dulu time darjah 3..darjah 4, math selalu dapat merah. time dapat report card, senyap-senyap tunjuk kat ayah  suruh sign. tak tunjuk kat emak. takut emak marah. Ayah tak marah.  time kecik-kecik, semua nak berkepit dengan ayah. apa-apa semua ayah. taknak emak.. sebab emak garang. suka pukul. sebab dapat anak perangai cam jembalang tak nak dengar cakap manalah emak tak geram …(T_T) nak tidur pun dengan ayah. tak bagi emak tidur dengan ayah. emak kena tidur bilik lain. kesian emak kesian ayah. apa-apa ayah. bila mintak duit pun dengan ayah. sebab ayah pemurah. suka bagi duit banyak-banyak. huhu. bila dah besar, dah makin malu dengan ayah. huhu. tapi still in my heart, ayah will always be my hero. and i'll be always his lil girl. *kena berebut dengan  afeef la camni* huhu

ya, lelaki yang hebat ini adalah PAPA..AYAH..ABAH.. aku.

10 comments: