Friday, August 26, 2011

Setiap manusia ada sifat ego.



Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tidak sama, tidak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik tambahan pula harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara tentunya membawa kepada keangkuhan yang berbeza.
Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal cinta.
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki cinta pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.

Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tiada lagi rasa gembira.
Pudar segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?

Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, itu sudah ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak faham.

Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.

Tetapi,selalu juga ia dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.

Sebab itu apabila ada yang melaungkan mahu mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, adakah benar dan pasti bahawa kumpulan itu mengandungi sifat keji ini? 
Aneh. Pelik. Manusia memang suka membuat tafsiran sendiri. Entah-entah yang mahu dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.

Tapi, ada manusia yang takut dengan golongan begini?
Ada yang mahu mengambil tindakan  hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tidak sama sekali.

Harga ego mungkin sama dengan harga telur di pasaran.
Kadang kala murah sampai rasa dicuri dari reban.
Kadangkala mahal sehingga menimbulkan baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.

8 comments: