Thursday, December 15, 2011

Please be strong my friend.


Aku pulang, Tanpa dendam, Ku terima kekalahanku
Aku pulang, Tanpa dendam, Kusalut kan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Dalam aku tengah online, aku baca status kawan aku ni. Ya. Status dia sedih. Sebab ditinggalkan oleh seorang insan bernama lelaki. Aku baca aku dapat faham apa dia rasa. Sungguh aku faham sebab aku pernah berada di tempat yang sama beberapa bulan lalu :) Bukan niat aku nak bagi kau sakit hati atas apa aku tulis, tapi aku nak kau faham atas satu benda ini, yang dulu aku juga tak faham. Hari demi hari, bulan berganti bulan, dengan sokongan family, kawan kawan dan orang sekeliling aku, aku bangun, aku kumpul balik semangat aku. Walaupun terlalu perit tapi aku cuba.

 
Aku nak kau sedar, aku tahu bukan mudah untuk kau lupakan orang yang kau sayang. Kau pernah cerita dekat aku masalah kau dan aku faham. Kawan aku , juga tersepit di masalah ini. Sebagai kawan, sebagai sahabat. Aku rasa tidak salah aku membantu kan? Kau juga pernah bantu aku dulu dan aku hargainya. Terima kasih. Kawan, aku nak kau faham situasi ini. Kau kata kau nak penjelasan dia, but sorry to say. He won't give you any reason. He won't and please trust me. Dulu, aku juga mengharapkan penjelasan but i got Zero. :) Aku juga pernah berada di situasi kau dan mesti kadang kadang kau akan fikir like this. '' korang cakap senang ah korang tak rasa ''. Aku juga pernah fikir macam tu. Kawan kawan aku senang la cakap suruh aku lupa, cari pengganti tapi ingat senang ke weh? No. It's hard. Too hard and hurt.

Aku pernah chat dengan sorang lelaki ni. Well aku respect pendirian dia. Dia kata. " why you must let your heart, your feelings control you? you have brain, use it ! jangan kalah dalam emosi you ". kawan, kau kena kuat. Guna akal kau. Kau menangis berjam jam pun apa kau ingat dia nak datang balik? Sorry la. Entah entah dia dah ada perempuan lain. Tak payah. Biar je kat dia. Orang macam tu, orang tak sedar dek untung kau tahu? Aku harap kau tak jadi teruk, seteruk situasi aku dulu. Kau boleh tanya kawan kawan aku macam mana keadaan aku. Kau nak ke ada kawan kau menangis tengok kau sebab kau merana sebab lelaki macam aku? Kau sanggup? Kau akan lebih sakit bila kau nampak kawan kau menangis sebab kau. Percayalah.

Dear, there's no use for you to wait for him, wait for his explanation. Daripada kau naik angin dengar alasan dia, baik kau lupakan. Tak perlu. Like my mum said. " whatever reasons he gave to you, it is only cheap reasons, the truth is, he doens't want you ANYMORE ". Kau kuat. Perempuan kena kuat weh. You have too. Sampai bila nak biarkan lelaki terus terusan pijak pijak kau sampai kau tak mampu bangun? Kau kena tunjuk yang semangat kau kuat. Suatu hari, akan ada yang terbaik untuk kau. Jangan risau. Kau pernah dengar orang cakap. " jangan mainkan perasaan orang, suatu hari kau akan kena balik ". Dia dah mainkan perasaan kau, dia lupa di sisi dia ada seorang perempuan yang sayangkan dia, tapi apa dia buat. Dia mainkan kau sayang. Well kawan, tak selamanya kita berdiri di atas. Ada ketika kita akan turun di bawah. Hidup kita macam roda. Mungkin dia menang kali ni sebab dia berjaya mainkan perasaan kau, tapi dia lupa, balasan Allah masih ada di hadapan dia.

Setiap yang berlaku ada kebaikannya. Mungkin Allah jauhkan dia dari kau sebab dia bukan lelaki yang terbaik untuk kau. Kan? Mungkin Allah jauhkan dia dari kau sebab dia nak kau tumpukan pelajaran kau. Kan? Cuba kau fikir ke hadapan. Aku ambil masa dua bulan, dan kau. Aku tau kau kuat. Mesti sedikit saja masa saja kau ambil. Setiap hari aku fikir, buat apa aku nak menangis, nak tunggu orang yang sah sah wajib taubat nasuha tak sayang aku. Masih ada orang yang boleh sayang aku kat luar sana LEBIH HEBAT dari cinta dia. Think outside the box sayang. Fikir, buka minda kau, buka mata kau. Lagipun, best apa single. -.-"

Setiap apa yang Allah merencanakan ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah tak akan pernah menzalimi hambaNya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Reda. Reda atas apa yang berlaku. Jangan melawan qada' dan qadar Allah. Jangan sesekali kau menyalahkan takdir. Itu sudah ketentuan Ilahi. Kau tak boleh lawan. kau nak buat apa? Paksa dia terima kau? No need. Nonsense. Percaya dekat Allah. Akan ada suatu hari nanti, lelaki yang boleh cintakan kau lebih hebat daripada dia, cinta dia yang khas untuk kau, cinta yang tulus ikhlas, cinta yang akan lebih suci dengan termeterainya lafaz akad dan nikah ;) Tak payah berangan la lelaki tu nak kahwin dengan kau sekarang. Bagai menanam tebu di tepi bibir. Teruskan berdoa kat Allah. Kawal emosi kau. Perempuan kena kuat. Boleh? Let bygones be bygones .The past is past. Tak payah tengok belakang. Kau ada memory. Memory umpama gambar, yang boleh kau ingat, boleh kau lihat setiap masa. Walaupun dia dah pergi, ingat, ingat, kau juga pernah ada waktu yang indah bersama dia. Itu kenangan kau. Boleh sayang? Doa dekat Allah, insyaAllah kau akan boleh. Pujuk hati kau untuk terima semua ini. Berfikiran baik atas kejadian ini. :)

Aku harap kau dapat faham, dapat selami apa yang aku tulis. Aku tulis atas pengalaman aku, ini aku dapat kongsi. Ingat, jangan biar emosi kau kawal diri kau. Remember. Kita perempuan mau kuat okay? Kau dah tengok Ombak Rindu? Izzah kuat kan? Contohi dia. Sudah la. Biarkan saja. Nanti kau akan dapat yang lebih hebat. Kuat ya sayang? Demi family kau, demi kawan kawan kau, demi orang yang sayangkan kau. Kalau aku boleh, kau pun boleh. Ingat tu. Be strong ;) Like me :D Assalamualaikum dan selamat malam dunia ;)


waktu berlalu seperti berlari
di antara waktu itu, ada cerita antara kita
saat tertawa saat berduka
walaupun semua itu berlalu pergi
ingatlah ia pernah abadi ;)



 

2 comments:

  1. yeah! sya sokong yang arif! prempuan mesti kuat!!

    ReplyDelete