Tuesday, January 17, 2012

ISTIMEWA BUAT SAHABAT


Buat sahabat-sahabatku:

“Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi sahabatku.
Terima kasih kerana menjadi pendorongku di waktu aku hilang arah.
Terima kasih kerana tidak jemu-jemu menjadi pendengarku.
Terima kasih kerana bersamaku ketawa di waktu aku gembira dan menangis di waktu aku sedih.
Terima kasih dengan ilmu yang dikongsi.
Terima kasih dengan rezeki yang disyukuri.
Dan terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih, wahai sahabat.”

(Jarak bukan ukuran, umur bukan sempadan, pandangan bukan membataskan – yang penting kita sahabat. Sahabat, aku sangat menyayangimu!)

Buat yang pernah menjadi sahabatku:

“Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku.
Terima kasih kerana pernah membuatkanku ketawa gembira dan menangis sedih.
Terima kasih kerana pernah berada di sampingku dan meninggalkanku.
Anda masih dihargai walau persahabatan itu hanya seketika.
Sekali lagi, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku.”

Salam penuh keberkatan!


2 comments:

  1. untung la de shbat yg baik..jge la pshbtan tu lek lok yer fathin :D

    ReplyDelete