Monday, March 12, 2012

Usia Sudah Meningkat


Semakin lama usia kita semakin meningkat, sama seperti aku iaitu hari ini genapnya tahun hari kelahiran aku 17 tahun dan aku merasakan diri aku semakin tua dan semakin meningkat usia.

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memanjangkan hayat hidupku kerana aku masih terus bernyawa di bumi yang fana ini untuk belajar erti kehidupan yang sebenar Kadang-kadang aku terjatuh dan kadang-kadang aku bangun terus berlari tanpa henti.

Terima kasih juga kepada rakan sebaya serta kawan-kawan yang setia memberikan kata ucapan kepadaku dengan messages tanpa merisaukan kredit dipotong oleh syarikat telekomunikasi walaupun hanya beberapa sens sahaja dan juga di alam maya tanpa sempadan ini .
Selagi lagi aku ucapkan terima kasih...

















Yang paling penting sekali kepada keluargaku kerana malam ini berbagai-bagai resepi menarik yang terhidang terhadapku seperti apa? Itu tidak boleh ku beritahu kerana kemungkinan besar anda nak sikit...

Dan kepada manusia lain selain daripada aku mempunyai tarikh hari lahir yang sama aku ucapkan Selamat Hari Lahir buat anda!!! Siapakah itu? Semua orang yang mempunyai tarikh lahir pada 12 MARCH 2012 dan ada seorang rakan aku yang belajar di tempat yang sama dan duduk di dalam kelas yang sama ,Dek Ah happy bornday kembar..Nabil pun . :D

Apa-apa pun, doakan aku dipanjangkan usia

3 comments: