Friday, May 25, 2012

mencari yang tersirat disebalik yang tersurat



hidup ini sama seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon, dan kemudian pergi meninggalkan pohon tersebut. kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa. kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. sekiranya kita lemah dan berputus asa, kita akan hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

kehidupan adalah satu nikmat bagi orang yang tahu menghargai nya.
jangan terlalu mudah merasa sakit hati, lemah, atau berputus asa tentang perbuatan buruk orang lain terhadap diri kita. sebenarnya hati kita yang kotor kerana kita tidak dapat menerima sesuatu kenyataan itu dengan ikhlas dan redha kerana-Nya.

sesungguhnya Allah s.w.t. telah 'menghantar' pelbagai ujian dan dugaan melalui saluran-saluran yang telah ditentukan-Nya. carilah hikmah-Nya yang tersembunyi di sebalik itu. tidak semua musibah, beerti kemurkaan Allah. ia juga mungkin salah satu daripada ujian penghapus dosa ;)

0 comments:

Post a Comment