Thursday, July 26, 2012

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah :)

Assalamualaikum.


Sakit hati yang amat. Cuma perkataan dan perasaan tu ja yang kita rasa bila insan yang kita sayang pergi meninggalkan kita apatah lagi bila diri kita dibuang begitu saja. Kan? Tapi, sakit macam mana pun, perit macam mana pun, menyampah macam mana pun, sebagai hamba Allah, benda ni bukan tiket untuk kita mengalah dalam hidup. Dugaan dan cabaran mematangkan usia kita. Betul? Tapi, bila kita ditinggalkan, dibuang, mesti ada hikmah untuk kita bahawa sudah ternyata orang tu tak  layak dengan kita. Bukan kita tak layak untuk dia, tapi dia yang tak  layak untuk kita. Biasalah  manusia, tak pernah  puas. Nak apa pun aku tak tau la. Hal ini juga petanda terbaik untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa akan datang. Good girl for good boy. ;)


1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.#aku dah dapat menilai sesungguhnya. bahagia ;)

3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik , khas untuk diri kita 

5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya

8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah  supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupam yang tak selamanya kekal 


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya. percayalah sesungguhnya Allah tidak akan menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya.


Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah


muqri cakap susah nak lepas aku pergi PLKN 






speechless tadi :)

13 comments:

  1. btol..Allah tau apa yang terbaik unt kita :) mcm sis y nga putus cinta ni,wajar statemnt kat ats ni d jadikan motivasi :)

    ReplyDelete
  2. wahhh .. fathin dapatt .. wieya tak dapat .. sedihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . dapat lah . tapi mcm takot pulak nak p .

      Delete
  3. waaa,,dye dapat plkn la...hehe

    ReplyDelete
  4. Ee kalau boleh taknak p PLKN next year, tp wajib bukan? Omaigad T___T

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/three-things-in-one-e.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan semua wajib . nasib badan la batch 96

      Delete
  5. Actuali dik, mereka bkn org yg salah. kita kena b'terima kasih lg kt mereka sbb dgn kehadiran & kehilangan mereka ni lah kita dapat belajar ttg erti hidup, semakin tabah & kuat hadapi hari-hari m'datang =)

    ReplyDelete
  6. hehhe, alhamdulillah, setiap yg berlaku pasti ade hikmah nye =) hehe
    dpt plkn ye? gudluck dik...hehe

    salam ramadhan..=)

    ReplyDelete
  7. Ajal, maut, peryemuan, perpisahan.. semua di tangan Allah ye dikk...

    ReplyDelete