Monday, September 10, 2012

Hidup


Merebahkan kepala ke bantal. Kegusaran hati kian hilang. Kata-kata semangat sahabat masih terngiang-ngiang di kotak fikiran. Terima kasih sahabat. Di saat kita perlukan bantuan, Allah akan membantu. Kita tidak pernah menjangkakan apa bentuk bantuan yang Allah akan salurkan. Bila kita bersedia untuk menerima, dengan sekelip mata kita akan dibantuNya. Janji jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.



Tak semua perkara perlu dikongsi bersama. Adakalanya perlu simpan untuk diri sendiri jua. Ingat, tak semua orang mahu tahu kisah hidup kita. Dan ingatlah jua ada yang masih peduli tentang hidup kita. Itulah pro dan kontra yang Allah telah aturkan untuk kita. Bila fikir satu persatu cabaran hidup di dunia ni buat kita makin kenal apa itu "kehidupan". Oh begitu rupanya hidup seorang manusia. Penuh warna warni. Penuh dengan elemen yang tak disangka dan dijangka. Penuh dengan misteri yang belum diungkapkan. Penuh tanda tanya. 


Moga esok lebih baik dari hari ini.



2 comments:

  1. sye doakan awk di dalam keadaan yang okay ye :) be smile always, :) as a blogger bertamadun, sye mendoakan sahabat2 blogger yang di dalam keadaan yang selamat sejahtera :)

    #pe pon, jangan cuba menangis depan cermain, kalu tak, tak jadi nangis. hehehe (gurau :) )

    ReplyDelete