Friday, April 15, 2011

kecik2 dulu lah kan..

Dulu kecik-kecik sapa pernah terpikir MACAM MANA BABY BOLEH TERHASIL?

Memandangkan aku ni dulu adalah seorang kanak-kanak yang memiliki level curiosity yang tinggi pada semua benda, (bukan dulu ja sekarang pon) so aku suka bertanya dengan orang yang lagi tua tentang benda-benda yang aku nak tau. Bila masuk bab MACAM MANA BUAT BABY, orang tua2 mula buat-buat tak dengaq soalan aku, bagi dua posen pastu suruh mainjauh2. aiseyhh, niat aku nak mencari ilmu depa samakan dengan nilai harga dua posen? *. Bila tanya lagi sekali, Makngah, macam mana orang buat baby?* A. Baik diam. ==' 


Bila kita dah tanya depa taknak jawab, otak pun mula la buat IDEALOGI BODOH. Tambah pulak hidup kat dunia baru 7,8 tahun masa tu. :')


1) Baby Terhasil Dalam Selimut *dungu tahap sederhana*
Yang ni takda lah dungu sangatkan sebab aku buat conclusion macam tu based on observation. Konklusi seorang pemerhati. Nama pun otak kanak2. Bila tengok cerita Gerak Khas yang Yusop Haslam buat tu, selalu ada part perempuan kena tipu dekat nite club kan? Jantan bagi makan pil ectasy or pil khayal next scene mesti perempuan tu dah dalam selimut tak pakai baju apa semua then next episod perempuan tu mengandung.Oleh itu, Sebagai kanak-kanak,aku dengan naifnya mengatakan bahawa PEREMPUAN AKAN DAPAT BABY BILA TIDUR SATU SELIMUT DENGAN LELAKI.*gila pandaaaaaiii, anak sapa la ni? hurm ==' 


2) Baby Terhasil Apabila Bersentuhan Tangan *dungu tahap kronik*
Bila aku dah masuk sepuluh tahun or sebelas tahun, dah ala-ala kearah kematangan, datang pulak teori baru. Yang peliknya makin besar teori makin dungu. Ibu pulak selalu pesan, 'bila dah besar, perempuan tak boleh salam dengan lelaki ikut suka hati. Tak boleh main sentuh pegang jeww,' Aku angguk, tapi dalam otak dok pikir, 'tah-tah boleh mengandung kott kalau sentuh?' Sampai tahap tu aku pikir. Hurm, Maklumlah, perasaan ingin tahu yg masa darjah dua dulu masih tak terjawab, kan dah dungu tahap kronik. Kesian. Naivenya aku dulu. =='

Yang aku herannya, sejak bila lahh aku boleh tau semua benda ni dengan izhar halqi *jelas dan nyata? Nak kata sebab belajar Bio, hurm. Nak kata ada practical kat sekolah, tak dak pulak. Hurm, kalau la aku naive, otak sesuci dalam debu macam dulu mesti senang je nak hafal benda-benda pelajaran. Kan? Sapa la yang ajaq aku bab-bab ni, mai mengaku cepat! hahaha.

P/s : U all pulak macam mana boleh tau proses buat baby secara izhar halqi? Sejak umor berapa? Sapa yang cerita? Ingat lagi tak? Ce citerr, ce citerrr. Sapa kata taktau macam mana buat baby, memang boooonnggg!


26 comments:

  1. haha! gelak sorg2 bace entry ni.. =)

    ReplyDelete
  2. teehee. otak ligat naaa kecik2... mcm2 pikir, teehee, haip, thankss for singgah at my belog..already followed you.teehee.

    ReplyDelete
  3. ermm..budak zaman skrg..skulah rendah pun tau dah buat baby..hehehehehe..
    media hiburan perosak akal budak2

    ReplyDelete
  4. nasib baik sekarang dah tahu,,haha

    ReplyDelete
  5. hahahaha!tak pernah terpikir!!! kalau tgk pmpuan ngandung dh taw akan ada baby!

    ReplyDelete
  6. @hantu GiGi
    haha..adehhh...level curiosity yg tggi..

    ReplyDelete
  7. gile otak sama ngn I time kcik. beza u ngn I, I awal tau mcmne baby tu boleh jadi! har har har! seawal usia 11 or 12 tahun dah tau mcmne baby dbuat.. cuma basic je lor.. hahahahhaa... pastu, bile mbesar dgn sihat, bru faham akan hukum alam tu. ohemjeyy dikk.. malu akak kenang benda nih. time kecik dah otak kuning. huahuahau..

    oh ya dik.. I follow ur blog, nice la.. I suka. if u ade masa, do visit my blog too k dear..

    ReplyDelete
  8. Hahaha~ masa kecik2 dulu selalu ingat kalau kahwin otomatik ada baby. Lagi teruk. Hahaha~ padahal ada je orang kawin tak dapat-dapat lagi baby. Mula tahu perkara betul masa belajar bio kat matrik. Masa sekolah tu tahu la yang baby tu terjadi camane. Bila masuk matrik, terus belajar proses betul dia. Hahaha~

    Lots of Love,
    Cik Yana

    ReplyDelete
  9. @Cik Yana
    hahaha..best x?adehhh soalan apa nie.. :)

    ReplyDelete
  10. hiiiiiiiiii... salam kenal yak... i like your blog,, i follow you.....

    ReplyDelete
  11. hahah.. comey entry neh. :)(:
    besa laa budak2 agy kan. hehe.

    ReplyDelete
  12. @Mi'ing Oon
    owh thnx ya...tapi..sy x blh follow awk lah..url awk x betul..:)

    ReplyDelete
  13. @Cik Khairyyna :)hehe..yaya..bdk2 agi..slalu wat andaian yg bukan2..heee

    ReplyDelete