Friday, October 7, 2011

Siapa kata jadi perempuan tu senang? Nak kena tutup sana, tutup sini..Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising. Perempuan, stoking pon kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari. Confirm tak tahan bertutup semua. Tapi, perempuan cool je.Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan? Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Nak pergi kelas pun susah. Cuba tengok budak lelaki selamber jek. Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit. Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dgn penyakit tiap-tiap bulan, survive je. Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan  yang dia sakit. Hebat kan perempuan?


Siapa kata jadi perempuan tu senang? Hati mereka Allah jadikan lembut betul. Cepat je sensitif. Cuba tengok orang putus cinta. Selalu perempuan yg paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru. Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan. Siapa yg paling teruk menangis?Perempuan kan?lelaki boleh gelak-gelak lagi. Lembut tak lembut hati perempuan? Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki. Hebat tak perempuan? Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah. Diorang cakap, Allah tak adil.


Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang rebel.
Diaorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Diaorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diaorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diaorang? Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang. Diaorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil.


Persoalannya sekarang:
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri. Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki. Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu. Masya'Allah, hebatnya perempuan kan?


Kenapa perempuan hebat?Sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat.Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio. Banyak lagu pasal perempuan kan? Jarang kita dengar lagu pasal lelaki. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia. Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?


Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan. Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni. Perempuan senang nak masuk syurga. Tengok hadis ni



"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan? Oh perempuan, sedarlah. Betapa sayangnya Allah padamu. Betapa cintanya Allah padamu. Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.

p/s:Wanita yang bertudung belum tentu baik , tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung . Orang yang solat belum tentu baik , tapi orang yang baik tentu akan solat . Orang berpuasa belum tentu sembahyang , tapi orang sembahyang sudah tentu berpuasa . " Renung renungkan. SELAMAT BERAMAL :")

7 comments: