Wednesday, December 21, 2011

Andai Itu Takdir Dan Pilihan Mereka


Semalam saya terfikir. Sebagai satu perkongsian pada semua. Fikirkan apa yang mahu saya sampaikan. Mungkin mahu kamu semua duduk berfikir sama. Semoga pengertian yang kamu terima, sama seperti apa yang saya ada sekarang ini.
Tiba masa kita berbuat baik, pada pandangan di pihak yang lain mungkin ada yang berperasangka buruk di sebalik perbuatan yang baik kita lakukan ketika itu. Jangan bertanya kenapa. Mungkin peribadi kita yang menunjukkan kita ke arah itu. Sedangkan niat di hati telus untuk melakukan kebaikan. Jangan mengalah. Teruskan berbuat kebaikan. Allah lihat apa yang kita lakukan.

Apabila kita bersikap jujur dalam setiap perbuatan dan juga dalam perkataan, masih ada lagi yang berkata kita di sebaliknya. Dan lebih dari itu, setelah apa yang kita buat, sepatutnya kita terima respon yang sama. Sentiasa mengharap orang bersikap jujur pada kita. Tapi apa yang di terima, sentiasa tipu helah menemani hidup kita. Teruskan bersikap jujur dengan segala apa jua. Kerana Allah sentiasa memandang setiap perilaku kita.

Apabila kita terasa, mereka perlukan suntikan semangat atau sapaan sedikit nasihat dari kita, mereka akan berkata "jangan terlalu menyibukkan diri dengan kehidupan mereka.Kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan". Kadangkala tidak masuk akal sedangkan apa yang kita terima di mata kita, bercanggah dengan apa yang kita fahamkan. Mungkin kata ego menutup mata hati mereka. Biarkan mereka begitu dan terima lah mereka seadanya. Dan berdoa agar di beri penghidupan baru buat mereka. Allah sentiasa mendengar rintihan kita.
Tiba saat kita berjaya, jangan di lupa mungkin ada yang bersikap iri hati dan cemburu. Adakah kejayaan itu sesuatu dugaan atau cubaan, semuanya terletak di tangan kita. Hadapi dengan penuh ketenangan dan binalah kejayaan yang baru. Kerana Allah sentiasa membantu pada hamba yang sentiasa berusaha.

Segala kebaikan yang kita lakukan hari ini, mungkin esok  di lupakan orang.  Apa ada pada penghargaan, selain mendapat kan keredhaan. Kata akal mungkin berkata, buatlah kebaikan untuk hari esoknya. Kelak hari lusa di kenang lagi. Bisik hati cuma harap mendapat perhatian dari illahi bahawa kita sentiasa taqwa kepada-Nya.

Apabila kita bertemu jalan kebahagiaan, sampaikanlah rasa bahagia itu pada yang lain. Kerana bahagia itu hakmilik semua. Semoga rasa bahagia yang kita terima kekal sampai akhir hayat kita. Ingatlah, di dunia ini tiada apa yang kita perlukan selain kebahagiaan dan ketenangan yang berpanjangan. Semoga Allah merahmati kita.
Ingatlah sahabat. Apa jua yang kita lakukan, semua mata akan memandang. Sama ada positif atau negatif tanggapan mereka terhadap kita, jangan sampai menghampakan hati kita sendiri untuk terus membuat kebaikan. Janganlah mudah menyerah kalah atau mengundur langkah. Ayuh maju ke hadapan. Sedarlah bahawa semuanya mendapat perhatian Allah Ta'ala. Jangan ambil peduli apa yang orang kata, tapi pedulilah apa yang berlaku di depan mata. Percayalah Allah sentiasa melihat mata hati kita.

0 comments:

Post a Comment