Thursday, December 29, 2011

Menghampiri titik akhir






2011 bakal melabuhkan tirainya sudah
Bermulanya muka surat baru dalam kehidupan 2012.

2010 merupakan satu tahun yang paling mencabar bagi aku.
Kehidupan ketika di tingkatan 3 sememangnya amat meninggalkan kesan dalam hidup aku.
Terlalu banyak yang aku faham tentang kehidupan.
Baik dari segi pelajaran, juga soal hati dan perasaan.
Dalam kemanisan hidup, tak mungkin kepahitan itu tidak langsung datang berkunjung kan?
Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana aku punya banyak tempat bergantung.
Dan ya, aku hutang mereka sesuatu :)

Ada apa dengan 2011?
Satu lagi fasa kehidupan yang banyak memberi pengajaran.
Dua ribu sebelas ni ala ala sambungan cerita dua ribu sepuluh
Drama itu lebih banyak komplikasinya.
Lebih banyak cabang. Lebih banyak percaturan yang diaturkan.

Tulus aku katakan, 2011 merupakan satu tahun yang amat memenatkan. Sungguh.
Tak tahu lah sama ada aku sendiri yang makin tua dan makin malas atau apa. Haha

| Kor Kadet Polis | Persatuan Badminton| |Kelab Pencegahan Jenayah |4 Topaz |
Berada bersama individu dalam organisasi-organisasi ini mengajar aku banyak hal.
Yang paling utama ialah aku kenal erti cekal dengan lebih mendalam.
Dalam setiap satu daripada mereka, tali silaturrahim itulah yang menjadi pengikatnya.
Kekuatan gabungan hati bersama yang menjadi semangat naik turunnya mereka.
Kekalahan dan kejatuhan bukanlah satu alasan untuk mereka terus berada di bawah.
Sesungguhnya,
Terlalu banyak perjuangan dan pengorbanan yang wujud dalam setiap daripada mereka.

Apa apa pun, 2011 harapnya telah membuatkan aku jadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Biarlah yang pahit itu aku simpan untuk dibuat pengajaran,
dan yang manis itu akan kugenggam kuat menjadi semangat untuk aku terus melihat kehidupan.

Sebelum jari ini berhenti menaip. Sebelum mata ini tertutup rapat.
Sebaris kemaafan aku bicarakan buat semua.
Dari yang muda sampailah yang tua.
Aku mohon maaf atas segala silapku.
Kita semua manusia biasa kan. Oh mungkin kau luar biasa, tapi aku biasa biasa ja. Haha
Tidak ada satu manusia pUn yang terlepas dari membuat kesilapan.
Semoga tangan yang kuhulurkan tanda mahu berdamai ini kau sambut dengan penuh keikhlasan.
Benar kata orang , untuk memaafkan itu mampu, tapi untuk melupakan itu sukar.
Tapi tak mengapa, aku juga tidak lari dari lumrah hidup yang satu itu. :)

Terima kasih aku ucapkan kepada semua.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku.
Walaupun kehadiranmu mungkin sekadar menambah parut di hati ini,
tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu dari kalian..tentang kehidupan, kan?
Kepada mereka yang membuatkan senyumanku terukir di bibir sepanjang 2011,
terima kasih.
Mungkin kemanisan hidup aku akan kurang 1% tanpa kehadiran kalian.
Kepada mereka yang masih kekal ketika ribut membadai lautan, terima kasih.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada aku untuk melihat dengan lebih nyata siapa kawan dan siapa lawan.
Konklusinya, terima kasih semua. Thank you for everything.

Ayuh kita akhiri 2011 dengan lafaz Alhamdulillah
Kerana masih diberi kesempatan untuk hidup hingga saat ini.
Semoga 2012 yang bakal mendatang memberi seribu satu makna buat kita semua.
Semoga hari-hari yang kita bakal tempuhi akan lebih menyeronokkan.
Dan semoga kita semua cukup kuat untuk menghadapi semua ujian yang datang dari-Nya.

SPM candidates of 2012, jangan lupa.
Pertempuran kita bakal bermula. Sama sama kita gegarkan dunia.
Semoga Tuhan merahmati kita semua, insyaAllah.
Selamat pagi dunia.
Assalamualaikum.


"Mungkin aku semakin suka mengatur bicaraku sebegini rupa. HAHA. Bermain dengan kata itu menyeronokkan. Sungguh, aku tak tipu. Kalau kau tak percaya, cubalah." :)




Nur Fatin
30 Disember 12.55 am

0 comments:

Post a Comment