Saturday, December 10, 2011

Ujian Hidup Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama


Bila kamu diuji Allah ,adakah kamu mampu berlari?
Bila kamu ditimpa masalah, adakah kamu hanya mampu berserah? 
Bila kamu terjatuh, adakah kamu tidak mahu bangun lagi?
Persoalan ini seringkali bermain diminda apabila datangnya dugaan.
Dugaan yang hebat sekali pernah dilalui. Hancur luluh hati. 
Emosi tidak terkawal sekali. Langkahnya kaki terhenti.
Hanya mampu mendongak langit dan terus meratapi. Tetapi sampai bila?
Allah berikan ujian dan Allah hantarkan bantuan.
Aku pernah alaminya berkali-kali. 
Ternyata Allah sentiasa ada bersama makhlukNya. 
Waktu sukar mahupun senang. Waktu suka mahupun duka. 
Waktu miskin mahupun kaya. Tetapi jarang sekali kita  berlaku adil pada Allah. 
Masyaallah terasa kerdilnya diri. Terasa jahilnya hati.
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Itu janji Allah kepada makhlukNya. 
Kita harus yakin dengan janji Allah ini. 
Belajar menerima kenyataan dengan baik. 
Dugaan bukan untuk melemahkan kita sebaliknya menguatkan hati dan diri kita.
Kita akan lebih kuat dan terus melangkah dengan gagah sekiranya asas yang dibina amat utuh dan kuat. Belajar mencari jalan penyelesaian disetiap masalah yang dihadapi.
Teruskan usaha , usaha , dan usaha lagi. 
Doa juga harus disusuli dengan tawakal.
Jangan sesekali membuat perbandingan dengan orang lain.
Apa yang kita tempuh itu tidak semestinya orang lain alami.
Apa yang kita tidak dapat itu bukan bermakna Allah tidak adil. 
Malah Allah sangat kasih pada kita semua.

“Bersyukur dengan apa yang ada.Redha dengan apa yang tiada. Insyaallah ketenangan pasti dirasa."

0 comments:

Post a Comment