Sunday, December 18, 2011

Ujian itu mengajar aku erti sabar..

Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan… kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan… kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN… SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah..

Itulah kata-kata motivasi yang selalu aku baca bila aku sedang sedih , keliru atau kecewa..ya..hidup ini tidak selalu indah..apa yang berlaku selalu tidak sama dengan apa yang kita harapkan , Apa yang kita inginkan ,kita selalu berdoa agar kita mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita, tetapi kita sedar tidak? sebenarnya ujian itulah yang mengajar kita menjadi insan lebih kuat , tabah dan cekal .kerana DIA lebih tau , apa yang kita perlukan dari apa yang kita mahu..

Cuba kita renungkan bersama,jika kita selalu dapat apa yang kita mahu , adakah kita akan selalu ingat kepada DIA? yang pastinya , kita akan lupa diri..kita lupa kepada Pencipta kita,,kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara,hanya pinjaman..kerana memang itulah manusia..
Jadi bersyukurlah jika diuji..itu tanda DIA kasih pada kita,DIA sayang dengan kita,DIA suka dengar kita berdoa dan memuji namaNYA..kerana kita di ciptakan memang untuk sentiasa ingat kepada DIA..kerana hanya dengan redhaNYA kita dapat hidup hingga ke saat ini..

  Aku faham,dan teramat faham,kadang-kadang kita terluka dengan ujian yang ALLAH SWT beri..kita tidak mampu menahan air mata..tapi yakinilah,jauh di atas segalanya,DIA telah mengaturkan sesuatu yang indah dan lebih baik untuk kita..

MUJAHID ITU MEMANG PAHIT  KERANA SYURGA ITU MANIS..

itulah yang aku belajar sejak kebelakangan ini...tidak salah kita menangis,kerana memang dengan air mata dan meluahkan semua,hati kita menjadi lebih tenang..tapi menangislah pada yang seharusnya..luahkanlah kepada DIA yang mencipta kita..pilihlah waktu yang tepat untuk mengadu,maka insyaALLAH,kita akan rasa ketenangan..walaupun kita menghadapi masalah atau ujian seberat apapun,kita akan mampu menghadapinya



  Akujuga bersyukur..kerana bila aku diuji,ALLAH telah hadirkan insan-insan yang baik dalam hidup aku..alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH...
hanya DIA yang mampu membalas kebaikan mereka...

4 comments:

  1. sesungguhnya,Allah jua yg Maha Mengetahui,dah kpdNya jua tmpat kita meminta dan kembali. :) anyway,setiap perkara tu mesti ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah :D

    ReplyDelete
  2. entrie yg menarik .
    thanx 4 sharing :D
    amy dapat belajar sesuatu daripada entries nie

    ReplyDelete
  3. @syamywelcome..semoga kita dapat belajar dari entry ini :) insyaallah

    ReplyDelete