Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.
Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Sama-samalah kita mengejar peluang yang diberikan oleh Allah dalam bulan Ramadhan ini kerana segala kebajikan dan sedekah pada bulan ini akan dilipatkaligandakan oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain . Sesungguhnya kita semua belum pasti adakah kita akan diberi peluang sekali lagi oleh Allah untuk menyambut Ramadhan pada tahun berikutnya . Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan diberi ganjaran dan keredhaanNya .



 Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Fatin dan Muqri


6 comments: